Kehadziran Sharifah Shahira di JM Bariani House Bangi, dengan celoteh beliau yang bersahaja, personality dan kecantikan beliau memang menceriakan lagi suasana restoran melayu ini.




Cara penyampaian Sharifah yg bersahaja, membuat kami dan krew TV9 tidak kering gusi. Secara sepontan, beliau menyampaikan komen2 yang tepat tentang makanan buffet yg kami sediakan dengan selitan perkataan2 dan aksi2 yang kelakar.




Pencuci mulut termasuk 'western desserts', buah buahan, jeli, pelbagai bubur dan tidak ketinggalan jua kueh-mueh Melayu; pilihan yang sedap, menyegarkan dan juga rasa keaslian airtangan ibu2 dikampung.




Buffet yang kami sediakan untuk program ini sama saperti yang kami sediakan untuk bulan puasa 2009 tetapi di tingkatkan lagi dari segi kualiti rasa dan di tambah menu untuk mendekatkan lagi rasa makanan saperti yang disajikan di kampung. Terdapat Nasi Beriani JM, Nasi Putih, Lauk Beriani JM, pelbagai lauk-pauk masakan Melayu saperti ketam, udang, ikan dan siput. Juga termasuk gulai kawah, kerabu, ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal..
sedap2 nampak foodnya.....
ReplyDeleteBang rahim.. awat tak hajak kita sekali (hehe)
ReplyDelete